BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, January 25, 2011

HEY..HEY..INEQUILITY HERE..






salam n alohaaaaaa..

ok beb...today i will give u some informative information about inequlity or ketaksamaan..ehhe..
skang ni banyak sgt kite dgaq yang ketaksamaan ni hanya wujud pada zmn jahiliyyah dlu..
ebenarnya TIDAK!!!!




sekarang pn mash wujud meyh..
mngkn ada lagi prtambahan..siapa tahu..
mngkn ianya tak sejelas mcm dlu..
ade hamba n bla..bla...


baiklah..kite trus ke soklan pertama:



1. gapo dio faktor yg mnyebabkan adenye ketaksamaan sosial nih..?









jawapan kawe:

amboii..kecek klate doh...ahha..

antara fktor nya ialah, wujudnya perbezaan jantina dalam masyarakat tu sndirik. perbezaan jantina ni meletakkan darjat sesuatu jantina itu rendah kedudukannya. dalam sejarah kewujudan manusia ni pun, ade je masyarakat yang meletakkan kedudukan sosial wanita pada kedudukan paling keji dan rendah..ehhe.. contoh lah kan, masyarakat Hindu..penganut nya menganggap wanita pada kedudukan paling hina. bagi depa, wanita ni xde peranan pon selain dri kat dapur dan memuaskan lelaki. masyarakat TiongHua pung ade ketaksamaa ni. bangsa ni merendahkan kaum girls serta rasakan yang girls ni xleh memerintah dan perlakuan girls mesti dibatasi dalam urusan umah tangga je..:_)).


kedua!
faktor perbezaan kekuatan fizikal. seseorang yang lebih kuat dikatakan ade status yg tnggi giler dlm masy. bbnding yang lemah gemalai.(ske2 aku je tambah)..hahha... jadi yang kuat ni ade peranan yg pentg serta paling bguna dalam masy. golongan kuat ni diangkat2 dlm masy.
contohnya: kisah lagenda pd zmn kesultanan melayu Melaka atas kehandalan, kekuatan, serta keberanian hang Tuah serta 5 ag shbt beliau dijadikan laksa mana negeri Melaka.


ketiga!
kwjudan kuasa metafizik~jeng3..ehhhe..
kuasa metafizik ni kuasa diluar kemampuan pancaindera manusia spt magis, sihir , pukau, kuasa spiritual y mmpu meletakkan pengamalnya dlm kedudukan y tnggi. conthny: ahli sihir, pawang, dukun, bomoh. dorg ni disanjung sbb leh memanipulasi sesuatu dengan menggunakan kuasa luar biasa mereka.

keempat!!
keupayaan sesorang mencipta atau gunakan senjata..
fewwwiitt!hahha
dlm ketenteraan lah besenye kan. sape y ade kmhiran mengendalikan senjata akan dinaikkan pangkat pastu mewujudkan ketaksamaa ni dlm tentera tu sndrik. ia juga dpt dilihat melalui perbandingan sosial 2 buah negara yanga de kecanggihan senjata tnggi berbanding ngra yang xde klngkapan senjata yang bes2. cntoh: kdudukan masy. rusia (y ade nuklear Tu) lbh tnggi bbding di Thailand, yng mna masy nya mndur dlm snjta menjata ni...


kelima!!!
warna kulit beb!ahha...
conth paling jelas dptlah dilihat antr org kulit putih dgn kulit hitam. org kulit putih ni berjaya mengangkat martabat mereka sebagai golongan y berpengaruh serta berkuasa melalui dasar kolonialisasi yg mereka dah buat, manakala org hitam ni lak mngalami nasib y malang, ssb dorg ni paling rndah statusnya...
(anyway,.black is beauty)..ahhahha..


keenam! (fiuhh banyaknyerr)
agama... ade agama yang terang2an mengizinkan kewujudan ketaksamaan ni. cnthnya: agama Hindu mewujudkan sistem kasta. sistem ni menentukan bahawasanya masy Hindu dibahagikan kpd beberapa kump.. pada umunya, kelas paling UP ialah Brahmin...paling keji lak Pariah atau untouchables. huhuu...
(msh ade ke skang ek..)


ketujuh!!!
falsafah politik tertentu...ape daaa...
kat Afrika Selatan (tau x katne..?ahha) misalnya sewaktu era aparteid penduduk kulit putih dianggap lbh tnggi drjatnya bbanding masy bukan kulit putih (hitam lerr).. kat Jepun lak org2nya menetap di Amerika Selatan sipandg enteng n sukar dapat kelayakan di ngr sndri...manakala kat Jerman masa pmrintahan Adolf Hitler, rakytnye brbangsa Yahudi disisihkan n dianggap sebagai kelas kedua sehingga diktator ni bertindak melakukan penghapusan etnik terhadap bangsa tuh.. jadi hal ni mnyebabkan adanya perbezaan kelas sosial dlm masy.


last but not leaaaaassstttt..ehhe....
konsep universal y ada msa skang!! iaitu gelaran-gelaran y diwujudkan oleh manusia sbg bntuk penghargaan mnyebabkan ketaksamaan ni teruuuuuuuuus wujud..:_))



ok..hari ni aku bagi jwpn u satu soklan dlu neh..aku pn xlaraat nak taip pepanjang..ag pon bukan hangpa nak baca posting pepanjang nih..kankankan..?ahhahah






- WALAU SETINGGI MANA DARJAT SESEORANG MANUSIA DIMUKA BUMI NI...HANYA 3 BENDA DIBAWA BALIK KE PADANG PERHITUNGAN, IAITU DOA SEDEKAH JARIAH SERTA AMALANNYA..-


ade org ckp, lau xde ketaksamaan sosial ni, mknenye xkan ade kaler dlm hidup n xkan ade org y snggup wat keje bawahan mcm pengangkut smpah, pencuci tandas...kankankan..ehhe...fikir2kan dan selamat beramal!!



diharap korang pn xdelah pcaya jwpn aku ni 100%..buat revision sndrik gak r wehh...

<3










Friday, October 15, 2010

TA SHIA HAU...

dong dong ceng..dong dong ceng...
haaa...
lai-lai...
ko meng ahh..
ini hali...gua mau cakap sikit pasai itu pantang lalang olang cina loo...
sori laa...gua punya huluf "r" pelat maa...
manyak susah woo mau itu cakap...
lu paham sendili lah ..aiyaaa...
gua mau kasi tengok lu olang itu gambar..tengok dulu aaa..
















(pakcik sapa niii?)







( baju trad cinese..nsem gile mamat ni..ehem2..)







(tarian singa)










haa....sula tengok itu gamba maa?
ini sikalang wa mau celita sikit itu pasai pantang lalang cina punya olang...(ekk??)
jangan lisau...
wa takkan cakap ini macam..lu olang talak paham kan...sikijap...
wa panggil itu julu bahasa...sikijap..


PANTANG LARANG KAUM CINA.

  • MASA yang baik mengadakan majlis adalah tengahari dan petang.
  • TARIAN singa dipercayai mendatangkan tuah dan rezeki yang melimpah-limpah.
  • KALUNGAN bunga yang dihadiahkan perlu berwarna-warni.
  • APABILA majlis bertembung dengan perarakan kematian...maka akan berlaku benda buruk..
  • IBU yang baru bersalin tak boleh mandi dikhuatiri masuk angin.
  • DILARANG memakai baju berwarna hitam, kelabu serta biru pada hari perkahwinan kerana itu adalah warna kematian.
  • WANITA megandung dilarang menggosok perut ketika mengandung kerana di anggap bayi yang bakal lahir akan menjadi manja.
  • PENDAPAT: bayi bertelinga lebar mempunyai rezeki yang luas.
  • BUAT cukur jambul kerana di anggap rambut sedia ada kotor dan sementara.
  • NAMA yang diberi haruslah ada tiga nama.
  • DILARANG menyapu pada waktu malam...suweyyyy...

HA...

sikalang lu olang tahu kan..banyak lagi maa...wa talak lalat mau taip suma...

nanti kita jumpa lagi aaa...

papai....

Wednesday, September 29, 2010

JANGAN SANGKA DEPA JAHIL...

SALAM..



baikla murid2...arini cekgu nak ajo pasai zaman purba...

bukan pa...ramai sgt dah konotasikan dalam minda sndiri bahawasanya zaman purba adalah salah satu zaman yg kuno...takdak teknologi..tak bertamadun bodoh n jahil tahap dewa langit ke lapan...(mlampau gile analogi cekgu...)..maaf ye memurid...ter emosi sket...

memanglah depa jahil bab agama...depa tu kan baru nak hidup..nama pun primitif...takkanlah tetiba ja nak pakai eroplen ka..kapai selam ka...maunya xpelik...abih tu kita ni nak dipanggil apa...? fikir2kan dan selamat berfikir..:_P






next...

tapi kan...cekgu da terbaca kat beberapa artikel...

kini banyak saintis dan stat pening sebab artifak yang depa dok jumpa time dok gali2 tu banyak artifak yang menyebabkan arkeologis ni kena kencing manis...emm.jap...ehrr...sakit jantung (maaflaah naa sbb cekgu tak mahir pasai medik2...:P)...
jadi...mereka mula terfikir yang orang kuno ni jauh lebih futuristik daripada kita nihaa..



kalau diikutkan logik...depa takdak banyak barang...tapi perkembangan barangannya sebijik..kadang-kadang dua tiga bijik mcm kat zaman kita...



hambek ni..mai sama-sama kita nengok apa yang depa dapat...jom..~~~


~*~ BATERI DARIPADA BAHGDAD~*~




pada tahun 1930, arkeologis Australia, Dr Konig, dok gali2 kat area Khujut Rabula dekat Baghdad ,terjumpa beliau satu barang aneh . terdiri daripada silinder tembaga, batang besi serta aspal yang disusun dalam satu bekas tanah liat seperti tempayan kecik. ukurannya dalam 14cm , diameternya 8cm.. selidik punya selidik, benda aneh tu, berfungsi sebagai satu bateri, tapi ia dianggarkan dah berusia 2000-5000 tahun yg dulu!!!! mak ehhhh..jadi..keputussan yang dikeluarkan tu dah mencabar sorg nihaa iaitu Count Alessandro Volta ...pencipta bateri yang pertama didunia..(kununnya)...:_P



emmm.maksudnya...dorang dah ada tenaga elektrik dah dpd dulu? abih yang Michael Faraday sebagai orang pertama yang temukan hukum elektromagnet n elektrik tu ape kes..?(1831)

bateri orang kuno ni bervoltan tau ,..1.5 -2.0 V..





~*~ KALKULATOR KUNO~*~






pada 1902, penyelam di perairan Pulau Antikythra, Greece menemui arifak lebih berusia 2000 tahun dari sebuah runtuhan dasar laut. artifak menyerupai jam dikaji penyeldik...kegunannya ialah..kalkulator yang berfungsi menghitung pergerakan bintang dan planet.



~*~ KANTA OPTIK~*~




di lokasi sama betri dijumpai, baghdad, turut ditemui kanta optik purba yang dihasilkan kira-kira 2200 tahun dulu. kanta tu sebesar dua ibu jari dijumpai tapi tepinya retak sikit.. hebat2...






~*~ JANTUNG BUATAN~*~


sebenarnya ini yang paling cekgu terkzut tau... di dada kiri mumia anak lelaki dalam sebuah Piramid di mesir...penyelidik memenui jantung buatan. sejarah ilmu perubatan masa kini memperlihat jantung buatan hanya dihasilkan beberapa puluhan tahun lalu tapi penemuan ni memungkinkan jantung buatan dah dihasil dan dipasang pada 5000 tahun dahulu...






# sebenarnya banyak lagi..tapi cekgu tak nak suap memurid ni bebanyak..cekgu nak mintak memurid sume cari inisatif sndri carik bahan ek..(sbnrnya cekgu mls nak taip panjang2..:_P...)..

homework arini tulah ye...cari ag bahan...mnggu depan cekegu na nengok...






* EMMM..TAK DINAFIKAN SEBENARNA...KALAU KITA TENGOK..NABI NUH PUN LEH BINA KAPAL SEBESAR BESARNYA...PADAHAL TAKADA PERALATAN YANG CANGGIH WAKTU TU...KITA TAK LEH PERLEKEHKAN KEMAMPUAN DORANG..KALAU DORANG TIADA...KITA PUN TAK ADA TITIK PERMULAAN...



DAN ADA LAGI SATU KEMUNGKINAN...MUNGKIN BARANG YANG DORG HASILKAN SAMA BENTUK MACAM BARANG KITA SEKARANG..TAPI KEGUNAANNYA LAIN UTUK MEREKA...



WHO KNOWS KAN..?SYUKURLAH DENGAN APA YANG ADA KINI..JANGAN SAMPAI DAH TAKADA BARU MENYESAL...






P/S=kot2 kalkulator tu tepon depa..:_P...
jumpe lagi naa....terima kaseh cekgu...













































Wednesday, September 15, 2010

BULU AYAMAS...?HUH ...









ok...asalamualaikum... hari ni aku nak habaq skit kat hangpa pasai satu jenis bulu yang aku dapat tau dari orang asli kampung Ringlet di cameron Highland..mngkn gak ader kat tmpat len...

tp ni y aku jumpe lah...aku terjumpa mereka ni masa nak balik dpd sana...aku tengok dorg bina pondok masing2 kat tepi jalan...bukan 1 2 je taw...hampir 20-30 pondok..bukan berderet-dere,,tp ade selang jarak antara tiap tiap pondok tu...
adelah dalam setiap 100meter ke 300 meter...(sori r lau xtepat..aku lemah mat)..
but they r amazing dude...tempat tinggal jauh dari jalan utama...kene turun bukit yang curam..gile r kan..kalau aku tiap-tiap hari macam tu..kuruih aku...:P


orang asli kini dah maju..dari segi pemakaian dah beubah sangat...tak ada lagi cawat2...tak ada lagi kaler2 kat muka...baju dh de...sume lengkap...
kerajaan pun ade bagi rumah kat dorang...lebih lengkap dan selesa.rumah batu...tapi tak semua kawasan yang dapat infrastruktur ni..
masih wujud jugak umah2 yang sangat usang sekadar utk lindungi diri dpd panas dan hujan..

ha...lagi satu yang ketara...BAHASA depa...
tak de lagi bunyik "huhu..hahaha..hungga..hungaa.."..hahahaha
sekarang bahasa malaysia bahasa bersama..tapi kepekatan bahasa yang berbeza..ada slanga sabah skit sebab ada qalqalah yang agak pekat...
ok next thing is...barangan yang mereka jual...
hampir 95 % pondok beliau...(emm.beliau??..silap..mereka...menjual barangan yang hampir sama..


* BUAH RAMBAI...
* DURIAN LABU
* TUDUNG SAJI YANG DIKAIT SENDIRI
* MADU BUATAN SENDIRI
* ADA SATU BUAH HUTAN YANG AKU TAK SEMPAT NAK TANYA
* PETAI HUTAN
* BULU AYAMAS



ok..tentang bulu ayamas nilah aku nak habaq mai nihh,,,sebab bentuknya agak scary..macam benda yang dibuat utuk tujuan perbomohan...tapi sebenarnya aku silap...
bulu ayamas ni digunakan untuk tujuan perubatan..bulunya tidak miang...
sekiranya berlaku pendarahan yang berpanjangan, amik bulu tu skit terus letak kat tempat luka tu..dalam masa beberapa minute darah akan berhenti serta merta..
(waaa..itu mcm pun ada kah..?batak gak aku ni....)


tengoklah gambaq kat ats nuhaaa...tulah bulu ayamas tu...
bnda tu kene tanam..tak yah dimasak, direbus, dikukus , dipanggang atau sebagainya..;_P
pasal petai aku tak sempat tanya sebab ade 1001 isi dlamnya..


TIPS:
MASA MAKAN BUAH RAMBAI...JANGAN BUANG BIJINYA..ATAU JANGAN GIGIT BIJINYA..PEHIT..TELAN BIJINYA SEKALI SEBAB IA MEMBANTU UNTUK MENCUCI TOKSIK DALAM PERUT DAN BANTU DALAM PENCERNAAN....

wa..hebaklah pakcik2 ni...lau lah aku de masa yang amat banyak dengan depa..msti dpt tau byak bnda ag,,ishh,,,,,,

haa..pasni..jangan lak telan biji durian ka apa...blog ni tak betanggungjawab ea..aku habaq mai tu pasai buah rambai ja beb~

p/s: pondok kat atas tu milik depa..tetiba ade yang mghalang sesi fotografi aku..aishhh....





















Saturday, May 22, 2010

KERANDA KE ALAM BARZAKH...

SALAM...
HA.... KALI NIE CHEQ DPT ARTIKEL NIE DPD SATU MAJALAH..
ALA..PERLU KE SUMBER GAYA UKM TUUU..?HAHAHAHA...
ARTIKEL NI BOLEHLAH KITA GUNAKAN UTK CAGHI ILMU NAA...
BACA TAU....
LAU XMAU BACA LEH P KE BLOG LEN EA...
LAU DA PAPE KOMEN ATAU SUMBER ILMU YG BAGHU..
MAILAHH KONGSI EA...HIK8..


Dalam konteks sosio-budaya keranda sebenanya membawa maksud serta pengertian yang berbeza-beza mengikut kepercayaan dan adat resam. selain menzahirkan status atau kedudukan seseorang, keranda juga berfungsi dalam menyatakan penghormatan kepada roh-roh nenek moyang dan semangat yang berkaitan.

Di Malaysia, budaya dan tradisi pengebumian secara keranda ini telah bermula sejak berabad lama dan sebahagian kecil masyarakat di pedalaman masih mengamalkannya. Penemuan arkeologi (payah no nak sebut..:P...)... menunjukkan masyarakat Hoabinhian (sebutan...HOA-BIN-HI-AN)..yang mengamalkan budaya memburu dan mengumpul adalah masyarakat pertama di negara ini, menjalankan upacara pengebumian iaitu kira-kira 13,000 tahun dahulu!.

Berdasarkan peninggalan kubur-kubur lama yang ditemui di Gua Cha, Kelantan dan Gua Gunung Runtuh, Perak masyarakat ini sudah pun mempunyai upacara tertentu dalam menguruskan mayat. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan masyarakat awal ini mengebumikan seseorang dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menanam secara melengkung, mengiring, atau terlentang dengan lutut si mayat (er....si mayat???...mngkin si mati x?hahah) dibengkokkan sehingga bahagian lutut akan bertemu dagu...(adehhh..seghamnyee...)..

Mayat akan diikat menggunakan akar-akar kecil supaya tubuhnya tidak terlerai. Posisi ini bersamaan dengan kedudukan bayi semasa berada dalam kandungan ibunya. Ini berdasarkan kepercayaan bahawa si mati akan dilahirkan semula ke dunia lain setelah dikebumikan. Selepas masyarakat Hoabinhian, masyarakat nomad yang mendukung budaya Neolitik pula menguasai sebahagian besar kawasan di Malaysia. Masyarakat ini pakar dalam menghasilkan barang-barang dari tanah liat seperti tembikar. Sifat-sifat semula jadi tembikar yang mudah dibentuk dan tahan lama menjadikan ia sebagai bahan yang amat penting dan bernilai tinggi dari segi emosi, ritual dan spiritual.

Dari segi kepercayaan, masyarakat ini menganggap tembikar sebagai bahan yang suci dan istimewa. Ia dijadikan simbolik barangan peribadi yang ditanam bersama-sama mayat untuk digunakan oleh roh si mati dalam perjalanannya ke dunia akhirat. bentuk dan ragam hiasannya bergantung kepada kemampuan si mati menyediakaany sebelum mati, dan ia juga menentukan status dan kedudukan individu dalam kelompok masyarakat tersebut. Budaya ini berterusan sehingga zaman logam iiatu antara 1000 ke 8000 tahun silam..(woooo....dahsyattttt)..

Penemuan ini membuktikan wujudnya kelas-kelas sosial dalam masyarakat yang akhirnya membentuk satu entiti bangsa yang lebih tersusun. Kubur batu kepingan atau cist pula merupakan amalan yag dilaksanakan oleh masyarakat pesisir pantai di Lembah Bernam, PErak terutamanya di Sungkai, Changkat Mentri dan Slim River.

Teknik pengebumiannya adalah dengan cara si mati diletakkan di atas tanah dan kepingan-kepingan batu granit disusun bertindih menyerupai kubur, dimana bahagian kepalanya dibentuk lebih lebar dari bahagian kaki. Walaupun tiada rangka manusia ditemui di dalam kubur ini, tetapi ahli arkeologi menemui bahan-bahan perhiasan kubur ditanam seperti periuk tembikar, manik-manik kaca serta alatan besi. Bukti ini menunjukkan amalan ini dipercayai wujud pada zaman logam, kira-kira 300 tahun sebelum Masihi.

Selepas itu, budaya pengebumian manusia terus berkembang. Masyarakat proto sejarah pula menjadikan perahu sebagai pusara. Ia disebabkan pada era tersebut perahu merupakan kenderaan terpenting yang menghubungkan msayarakat pedalaman dengan masyarakat pesisir pantai. Keadaan ini menjadikan perahu sebagai elemen utama dalam bentuk spiritual kerana ianya di anggap sebagai pengangkutan simbolik yang menghubungkan dunia nyata ke alam lain...(*fiuhhh*)

Upacara pengebumian perahu mempunyai dua cara yang berbeza. Masyarakat proto sejarah di Kuala Selinsing Perak, meletakkan mayat di dalam perahu bersama-sama periuk tembikar dan barang-barang perhiasan seperti manik kaca dan batu. Kemudian perahu ini akan dihanyutkan di sungai.

Bagi masyarakat proto sejarah di Gua Niah pula, mereka menjalankan upacara pengebumian degan meletakkan mayat di dalam perahu bersama-sama barang perhiasan dan kemudian disimpan di dalam gua batu kapur. Mayat ini dibiarkan reput dengan begitu sahaja.

Apa yang menariknya ialah, dinding gua tersebut akan dihiasi dengan lukisan dari bahan hematite (ape nihhhh) berwarna merah. Sebahagian besar lukisan yang dihasilkan menggambarkan pengembaraan roh-roh bersama pengiringnya ke dunia akhirat. Selain itu, upacara pengebumian tempayan juga pernah dijalankan di Kepulauan Melayu, khusunya masyarakat pelaut dan pesisir pantai, Kaedah yang digunakan untuk upacara pengebumian ini ialah menjadikan tempayan tembikar sebagai tempat menyimpan mayat atau tulang-tulang manusia.

Tempayan itu akan disimpan atau disorokkan di tempat-tempat tersembunyi seperti di gua-gua bau atau di celah-celah banir pokok. Tempayan akan direka khas dengan bentuk- bentuk yang unik serta dihias dengan cantik, yang menggambarkan pengembaraan roh ke alam akhirat. Pengebumian cara ini juga mempunyai dua cara berbeza. Pertama, meyimpan terus mayat ke dalam tempayan tanah bersama-sama barang iringan seperti alatan perkakas, perhiasan diri dan tembikar tanah, sebelum ianya disimpan didalam gua.

Kedua, mayat yang mengalami proses pereputan akan diambil tulang temulangnya dan diletakkan di dalam tempayan tersebut. Ia kemudian akan disimpan ke dalam tempat yang telah dipilih sebagai tanah perkuburan. Kawasan erkuburan ini selalunya dipilih khas dan agak tersembunyi serta di anggap suci.

Di Malaysia, amalan perkuburan tempayan ini banyak ditemui di Sarawak dan Sabah. Di Semenanjung, satu-satunya tapak pengebumian tempayan telah ditemui di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi...


HA..AMCAM GENG?
DAPAT?
CHEQ PUN TGH CARI BNYK ARTIKEL2 CMNIHH..KONGSI EA...
SEBENAQNYE..ADE BEBRAPA PERSOALAN YG LEH HANGPA DAN CHEQ SENDIRI KMUKAKAN TENTANG FAKTA NIE...
XPA...
PADA POSTING AK DTG CHEQ TRY BG PERSOALANNYE EA...INSYAALLAH..:_)

Thursday, May 20, 2010

SALAM ZIARAH DAN PERKENALAN

SALAM GENG...
SELAMAT BERKENAL-KENALAN DENGAN BLOG INI...
HIK89...
BLOG INI DIWUJUDKAN UNTUK BERKONGSI BEBERAPA ILMU BARU YANG HANGPA DAN CHEQ SENDGHI BAGHU TAU...
MAAF NAA KALAU BLOG NIE TAK SEBES BLOG2 LEN YANG HANGPA SUME BACA...
KALAU ADE PAPA YG HANGPA NAK KONGSI..MAILAA...TAKDAK HAL...
INSYAALLAH...KITA KONGSI SAMA-SAMA NAA...
TAKDAK DISKRIMINASI ATAU PREJUDIS KAT SINI...
NAK HABAQ PAPA PUN XPA...
TAPI YG MASUK AKAI LAH NAA...
:)...
KITA TAK PAYAH DOK FORMAL SANGAT...HIK8...:))

SALAM MUHIBBAH UNTUK HANGPA SUME NAA...