BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 22, 2010

KERANDA KE ALAM BARZAKH...

SALAM...
HA.... KALI NIE CHEQ DPT ARTIKEL NIE DPD SATU MAJALAH..
ALA..PERLU KE SUMBER GAYA UKM TUUU..?HAHAHAHA...
ARTIKEL NI BOLEHLAH KITA GUNAKAN UTK CAGHI ILMU NAA...
BACA TAU....
LAU XMAU BACA LEH P KE BLOG LEN EA...
LAU DA PAPE KOMEN ATAU SUMBER ILMU YG BAGHU..
MAILAHH KONGSI EA...HIK8..


Dalam konteks sosio-budaya keranda sebenanya membawa maksud serta pengertian yang berbeza-beza mengikut kepercayaan dan adat resam. selain menzahirkan status atau kedudukan seseorang, keranda juga berfungsi dalam menyatakan penghormatan kepada roh-roh nenek moyang dan semangat yang berkaitan.

Di Malaysia, budaya dan tradisi pengebumian secara keranda ini telah bermula sejak berabad lama dan sebahagian kecil masyarakat di pedalaman masih mengamalkannya. Penemuan arkeologi (payah no nak sebut..:P...)... menunjukkan masyarakat Hoabinhian (sebutan...HOA-BIN-HI-AN)..yang mengamalkan budaya memburu dan mengumpul adalah masyarakat pertama di negara ini, menjalankan upacara pengebumian iaitu kira-kira 13,000 tahun dahulu!.

Berdasarkan peninggalan kubur-kubur lama yang ditemui di Gua Cha, Kelantan dan Gua Gunung Runtuh, Perak masyarakat ini sudah pun mempunyai upacara tertentu dalam menguruskan mayat. Bukti-bukti arkeologi menunjukkan masyarakat awal ini mengebumikan seseorang dengan pelbagai cara. Antaranya ialah dengan menanam secara melengkung, mengiring, atau terlentang dengan lutut si mayat (er....si mayat???...mngkin si mati x?hahah) dibengkokkan sehingga bahagian lutut akan bertemu dagu...(adehhh..seghamnyee...)..

Mayat akan diikat menggunakan akar-akar kecil supaya tubuhnya tidak terlerai. Posisi ini bersamaan dengan kedudukan bayi semasa berada dalam kandungan ibunya. Ini berdasarkan kepercayaan bahawa si mati akan dilahirkan semula ke dunia lain setelah dikebumikan. Selepas masyarakat Hoabinhian, masyarakat nomad yang mendukung budaya Neolitik pula menguasai sebahagian besar kawasan di Malaysia. Masyarakat ini pakar dalam menghasilkan barang-barang dari tanah liat seperti tembikar. Sifat-sifat semula jadi tembikar yang mudah dibentuk dan tahan lama menjadikan ia sebagai bahan yang amat penting dan bernilai tinggi dari segi emosi, ritual dan spiritual.

Dari segi kepercayaan, masyarakat ini menganggap tembikar sebagai bahan yang suci dan istimewa. Ia dijadikan simbolik barangan peribadi yang ditanam bersama-sama mayat untuk digunakan oleh roh si mati dalam perjalanannya ke dunia akhirat. bentuk dan ragam hiasannya bergantung kepada kemampuan si mati menyediakaany sebelum mati, dan ia juga menentukan status dan kedudukan individu dalam kelompok masyarakat tersebut. Budaya ini berterusan sehingga zaman logam iiatu antara 1000 ke 8000 tahun silam..(woooo....dahsyattttt)..

Penemuan ini membuktikan wujudnya kelas-kelas sosial dalam masyarakat yang akhirnya membentuk satu entiti bangsa yang lebih tersusun. Kubur batu kepingan atau cist pula merupakan amalan yag dilaksanakan oleh masyarakat pesisir pantai di Lembah Bernam, PErak terutamanya di Sungkai, Changkat Mentri dan Slim River.

Teknik pengebumiannya adalah dengan cara si mati diletakkan di atas tanah dan kepingan-kepingan batu granit disusun bertindih menyerupai kubur, dimana bahagian kepalanya dibentuk lebih lebar dari bahagian kaki. Walaupun tiada rangka manusia ditemui di dalam kubur ini, tetapi ahli arkeologi menemui bahan-bahan perhiasan kubur ditanam seperti periuk tembikar, manik-manik kaca serta alatan besi. Bukti ini menunjukkan amalan ini dipercayai wujud pada zaman logam, kira-kira 300 tahun sebelum Masihi.

Selepas itu, budaya pengebumian manusia terus berkembang. Masyarakat proto sejarah pula menjadikan perahu sebagai pusara. Ia disebabkan pada era tersebut perahu merupakan kenderaan terpenting yang menghubungkan msayarakat pedalaman dengan masyarakat pesisir pantai. Keadaan ini menjadikan perahu sebagai elemen utama dalam bentuk spiritual kerana ianya di anggap sebagai pengangkutan simbolik yang menghubungkan dunia nyata ke alam lain...(*fiuhhh*)

Upacara pengebumian perahu mempunyai dua cara yang berbeza. Masyarakat proto sejarah di Kuala Selinsing Perak, meletakkan mayat di dalam perahu bersama-sama periuk tembikar dan barang-barang perhiasan seperti manik kaca dan batu. Kemudian perahu ini akan dihanyutkan di sungai.

Bagi masyarakat proto sejarah di Gua Niah pula, mereka menjalankan upacara pengebumian degan meletakkan mayat di dalam perahu bersama-sama barang perhiasan dan kemudian disimpan di dalam gua batu kapur. Mayat ini dibiarkan reput dengan begitu sahaja.

Apa yang menariknya ialah, dinding gua tersebut akan dihiasi dengan lukisan dari bahan hematite (ape nihhhh) berwarna merah. Sebahagian besar lukisan yang dihasilkan menggambarkan pengembaraan roh-roh bersama pengiringnya ke dunia akhirat. Selain itu, upacara pengebumian tempayan juga pernah dijalankan di Kepulauan Melayu, khusunya masyarakat pelaut dan pesisir pantai, Kaedah yang digunakan untuk upacara pengebumian ini ialah menjadikan tempayan tembikar sebagai tempat menyimpan mayat atau tulang-tulang manusia.

Tempayan itu akan disimpan atau disorokkan di tempat-tempat tersembunyi seperti di gua-gua bau atau di celah-celah banir pokok. Tempayan akan direka khas dengan bentuk- bentuk yang unik serta dihias dengan cantik, yang menggambarkan pengembaraan roh ke alam akhirat. Pengebumian cara ini juga mempunyai dua cara berbeza. Pertama, meyimpan terus mayat ke dalam tempayan tanah bersama-sama barang iringan seperti alatan perkakas, perhiasan diri dan tembikar tanah, sebelum ianya disimpan didalam gua.

Kedua, mayat yang mengalami proses pereputan akan diambil tulang temulangnya dan diletakkan di dalam tempayan tersebut. Ia kemudian akan disimpan ke dalam tempat yang telah dipilih sebagai tanah perkuburan. Kawasan erkuburan ini selalunya dipilih khas dan agak tersembunyi serta di anggap suci.

Di Malaysia, amalan perkuburan tempayan ini banyak ditemui di Sarawak dan Sabah. Di Semenanjung, satu-satunya tapak pengebumian tempayan telah ditemui di Gua Tuba, Pulau Tuba, Langkawi...


HA..AMCAM GENG?
DAPAT?
CHEQ PUN TGH CARI BNYK ARTIKEL2 CMNIHH..KONGSI EA...
SEBENAQNYE..ADE BEBRAPA PERSOALAN YG LEH HANGPA DAN CHEQ SENDIRI KMUKAKAN TENTANG FAKTA NIE...
XPA...
PADA POSTING AK DTG CHEQ TRY BG PERSOALANNYE EA...INSYAALLAH..:_)

0 comments: